Tadika Rohani Unggul

Tadika Rohani Unggul

"MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB"

Menyiapkan generasi islami, cerdas dan mandiri dengan mengembangkan kemampuan dan potensi  yang
dimilikinya sehingga bermanfaat untuk keluarga dan masyarakat. 

 

Siapa Kami?

Kami di Tadika Rohani Unggul memahami bahawa setiap anak adalah amanah yang memilki karakter dan pontensi masing-masing. Kami percaya setiap karakter dan potensi yang dimiliki oleh setiap anak mampu berkembang menjadi karakter yang positif.

Melalui pembelajaran yang berdasarkan nilai-nilai islam , kemampuan pelajar untuk mengendalikan emosi, bersosial, berfikir secara kritis, dan menyelesaikan masalah mampu membentuk generasi yang kuat, peduli, cerdas, bertanggungjawab, berketrampil dan menjadi khalifah kepada Sang Pencipta, Allah Subhanahu Wata'ala. Konsep mengEsakan Allah dan mengidolakan Rasulullah SAW dipahat dalam diri setiap anak seawal usia yang mungkin agar menjadi tujuan hidup anak-anak.


PROGRAM KAMI TAWARKAN

  • 3-4 TAHUN (PLAYSCHOOL)    
  • 5-6 TAHUN (PRESCHOOL)

APA YANG BEST TENTANG TADIKA ROHANI UNGGUL??
Kami amat KOMITED dalam perkhidmatan yang ditawarkan

  • Penerapan adab sebelum ilmu dalam pembentukkan karakter
  • Kecerdasan pelbagai/ multiple intelligent anak dirai
  • Pemakanan sihat di bawah seliaan dietitian bertauliah
  • Anak-anak dididik dan dibimbing mengenali dan mempercayai Tuhan dan rukun-rukun iman dan islam melalui teknik Sayangi Al-Quran Seawal Usia (SASU).
  • Anak-anak akan belajar berinteraksi, 'membaca' dan mentadabbur mesej-mesej dari alam dan hidupan sekeliling.
  • Anak-anak didedahkan dengan aktiviti kemahiran motor halus dan kasar yang sangat penting untuk perkembangan mereka dan STEM (sains, technology, engineering & math).
  • Kaedah pembelajaran antaranya "exploration learning, 'fun learning', saintis cilik, bertema, teknik membaca fonetik dan aktiviti stimulasi.
  • Anak-anak diterapkan dengan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. dalam aktiviti seharian. Juga nilai-nilai murni dan adab dalam kehidupan.   
  • Guru yang bertauliah dan awoseme !! Guru mendorong dengan komunikasi positif 
  • Kurikulum mengikut KSPK : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Arab, Sains, Matematik, Jawi.
  • Subjek teras Islam adalah pendidikan Islam, akhlak dan sirah, bacaan Al-Quran, hafazan dan solat.
 

Galeri Tadika Rohani Unggul

Tadika Rohani Unggul Di Akhbar

Video Tadika Rohani Unggul

 

Testimoni Ibubapa

Saya mengenali cikgu Hajar, pengasas Tadika Rohani Unggul semasa bersama-sama bekerja di Hospital Islam Az-Zahrah dan mengenali semangat dan azam beliau dalam mendidik anak-anak menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Ketika Cikgu Hajar membuka Tadika Rohani Unggul, saya tidak teragak-agak menghantar anak saya yang ketiga, Muhammad Irfan Arif yang ketika itu berusia 5 tahun.

Kerisauan saya ketika itu adalah ini kali pertama Irfan memasuki alam persekolahan, belajar berdikari dalam segala hal di mana sebelum ini Irfan dimanjai oleh pengasuhnya dari sudut penjagaan diri, makan minum malah tidur masih berbuai. Alhamdulillah, saya mengambil tindakan sangat tepat dengan menghantar Irfan ke Tadika Rohani. Irfan sudah pandai berdikari (pakai baju sendiri, tidur berkawan, makan mengikut jadual dsb) malah dia sangat seronok bercerita tugasan dia membasuh pinggan, mengelap lantai dan mengemas permainan.

Dari sudut kemahiran kendiri, Irfan mengalami perubahan yang positif. Irfan juga suka mengaplikasi kan hadis-hadis dalam kehidupan seharian. Antara nya adalah ketika melihat kakak n abangnya bergaduh, Irfan akan berkata "Lah Taghdob" iaitu jangan marah. Dari sudut pembelajaran, pencapaian Irfan sangat bagus dan menunjukkan minat belajar yang tinggi walaupun berada di rumah.

Terima kasih Cikgu Hajar dan cikgu-cikgu Tadika Rohani Unggul. Tadika Rohani Unggul adalah tadika menekanan konsep ‘fun learning’. Kanak-kanak belajar dalam situasi seronok, tiada peperiksaan dan tiada tekanan. Mereka enjoy dalam pembelajaran sains, membuat ujikaji dan pendekatan ilmu alam.. Saya sangat sukakannya dan akan terus menyokong perjuangan Cikgu Hajar dan Tadika Rohani Unggul. Semoga Tadika Rohani Unggul akan terus berjaya mendidik anak-anak menjadi golongan ulul albab terunggul..aminnn

Pn Aliya, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi

Anak saya dua orang bersekolah disini, Nadhira & Nadhia.Sebelum ini  anak- anak saya tidak tersusun cara percakapannya...dalam 2 bulan sesi persekolahan, saya nampak perubahan mereka...cara percakapan yang lebih teratur dan tersusuan.

Tentang pembelajaran pula, anak saya sudah boleh membaca..dan perubahan paling ketara..mereka sudah pandai membaca surah-surah lazim..Alhamdulillah

Pn. Nashatul , Sungai Ramal

Alhamdulillah saya berpuas hati dengan silabus tadika yang tidak hanya menekankan kepada akademik dan buku semata-mata. Banyak aktiviti luar yang membantu perkembangan mereka seperti penerokaan di luar kelas dan hands on activity. Saya sangat berpuas hati dan akan terus menghantar anak ke Tadika Rohani Unggul.

Pn. Saadah, Semenyih

Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan konsep Tadika Rohani Unggul. Sebagai ibu bapa jujurnya banyak yang saya belajar apabila menghantar anak ke sini. Seminar keibubapaan yang dianjurkan oleh pihak tadika banyak membuka mata hati saya tentang peranan utama ibu bapa sebagai pendidik utama anak-anak.

Penerapan pemakanan sihat seawal usia di tadika juga memberi pendedahan kepada saya tentang kepentingan menjaga kesihatan anak dari sekarang untuk membina genarasi akan datang. Terima kasih kepda cikgu-cikgu yang sanggup bersusah payah membantu saya dalam mendidik anak saya. Jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya

Puan Hidayah, Bandar Baru Bangi

Copyright 2018 © TadikaRohani.com. All Rights Reserved

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.